Blog Dr. Mahathir Di Blogspot Digantung

Situasi ini tiada kaitan dengan suasana politik semasa, tidak kena mengena dengan kelantangan Tun Dr Mahathir menghentam PM Dolah Badawi dan kuncu-kuncunya. Saya juga percaya PM dan menantunya tidak mungkin dapat mempengaruhi Blogger dan bersekongkol untuk menutup Blog Dr. Mahatir.
Inilah risikonya kalau gunakan barang free seperti artikel yang pernah saya tulis sebelum ini, Padah Menggunakan Blog Percuma. Blog Chedet.com - che det adalah nama gelaran dan nama pena Dr Mahathir telah digantung oleh Blogger.com dengan alasan ia dianggap sebagai “dicurigai blog spam”.
Blog itu gagal dikemaskini sejak 19 Jun lalu yang memuatkan artikel terakhirnya ‘RapidKL: Answers to questions and SAPP’. Mungkin itu cuma alasan Blooger.com saja. Mungkin mereka tak senang dengan trafik tinggi ke blog tersebut yang mencapai hingga sejuta pengunjung dalam masa lebih kurang sebulan.
Yelah, kita cuma menumpang di rumah orang, tak bayar sewa pula tu. Bila tuan rumah dah tak suka maka ditendanglah kita keluar. Apa nak dikato. Apapun nasib baik blog Dr. M menggunakan domain sendiri Chedet.com, kalau tak tentu lebih parah kerana pelawat setia tak tau ke mana nak dituju.
Dengan domain sendiri, bila hosting di blogspot telah disekat maka kita boleh pointkan domain tu ke hosting yang baru. Bayangkan kalau blog begini merupakan sumber rezeki utama kita dan tiba-tiba hilang maka boleh jadi hilang akal la kita.
Oleh itu jadikan ini sebagai satu pengajaran, kalau serius nak buat bisnes melalui blog, gunakanlah domain & hosting sendiri. Tak tau macam mana nak buat blog pada domain sendiri? Dapatkan Panduan Membina Blog Wordpress Pada Domain / Hosting sendiri di sini.
Malas nak belajar buat blog tetapi mahukan blog dot com anda sendiri dengan segera? Saya boleh buatkan blog dot com anda sendiri dengan kadar segera. Tak yakin boleh belajar cara buat posting kat blog?. Jangan bimbang, jika anda boleh menulis email maka anda juga boleh menulis blog. Ianya semudah itu. Anda boleh dapatkan servis buat blog saya dengan klik di sini.
Alhamdulilah, sekarang anda tidak perlu lagi bersusah payah belajar di internet melalui tutorial-tutorial percuma, saudara MazlieNadzri telah menghasilkan ebook Panduan Asas HTML dalam Bahasa Malaysia.
Ebook ini dijual pada harga RM30 atau $11 tetapi anda boleh dapatkan diskaun RM5 atau $2 dengan memasukkan kod JVSukeri di ruang Bukti Pembayaran pada Borang Pengesahan Pembelian. Jadi anda hanya perlu bayar RM25 atau $9 sahaja. Diskaun ini hanya sah jika anda membuat pembelian melalui 

Hari ini ebook Jana Wang Adsense 2.0 telah mula dibuka untuk jualan. Saya telah memiliki ebook Jana Wang Adsense versi 1.0 & 1.1 dan ianya memang ebook adsense terbaik yang pernah saya miliki.



